Hari Terbuka 2025 TBS Playschool & Preschool pada 21 Disember 2024 di Auditorium Kompleks Kejiranan Presint 16.
Selamat datang kepada ibu bapa yang baru menjadi ahli keluarga TBS sesi 2025.

Program penglibatan ibu bapa yang pertama ini memperkenalkan sedikit latar belakang TBS, takwim dan aktiviti tahun 2025, aplikasi sekolah serta buku panduan ibu bapa.
Semoga ibu bapa dapat bekerjasama dengan TBS untuk melihat perkembangan anak-anak sepanjang tahun ini dan melihat mereka gembira sepanjang masa di TBS.
