Berita & Aktiviti TBS

Program Kembara Simulasi Haji Cilik 2025

Program Kembara Simulasi Haji Cilik 2025

Ibada Haji merupakan rukun Islam yang kelima. Pelaksanaan ibadah Haji memerlukan kesungguhan, keazaman, ilmu pengetahuan, perbelanjaan dan pengorbanan.

Amalan-amalan Haji berkait rapat dengan nilai-nilai kemanusian yang baik seperti sabar, bersungguh-sungguh, tabah, pengorbanan, tolak ansur, dan nilai-nilai yang lain.

Pembelajaran melalui praktikal adalah cara yang sangat berkesan dalam membentuk sikap yang baik untuk menjadi insan kamil yang menepati kehendak agama Islam.

Simulasi Haji Cilik sudah menjadi acara tahunan bagi dunia pendidikan awal kanak-kanak. Dengan adanya aktiviti seperti ini, ia memberi kesan yang besar kepada anak-anak, bukan sahaja satu pengalaman dan permainan, tetapi suatu kesedaran untuk menunaikan ibadah haji dan umrah di masa akan datang.

Dengan pelaksanaan Simulasi Haji Cilik ini, 7 tunjang pendidikan awal kanak-kanak dapat dilaksanakan. Tidak dinafikan, untuk melaksanakan Simulasi Haji Cilik bukan satu yang mudah, lebih-lebih lagi mengurus anak-anak kecil, namun kerjasama dari semua pihak termasuk ibu bapa, menjadikan ia suatu kenyataan.

Latest Tips & Tricks About Baby CareCredibly benchmark worldwide applications before a plug play processes dramatically.

Edutainment Fest 2024

Edutainment Fest 2024

Ceramah Kesedaran Seksual

Ceramah Kesedaran Seksual