Berita & Aktiviti TBS

Program Kembara Simulasi Haji Cilik 2026

Program Kembara Simulasi Haji Cilik 2026

PUTRAJAYA – Alhamdulillah, Program Haji Cilik TBS Educare telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Mei 2026, hari Selasa, bertempat di SMA Presint 11, Putrajaya.

Program ini melibatkan anak-anak berusia 4 hingga 6 tahun dan memberi peluang kepada mereka mengenali ibadah haji melalui aktiviti simulasi seperti tawaf, sa’i, melontar jamrah dan melafazkan talbiah.

Melalui program ini, anak-anak bukan sahaja belajar tentang rukun dan amalan haji, malah turut dididik dengan nilai kesabaran, kerjasama, disiplin dan kasih sayang sesama rakan.

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah dan menyemai rasa cinta kepada agama serta impian untuk menunaikan haji suatu hari nanti.

Terima kasih kepada semua guru, kakitangan dan pihak SMA Presint 11 yang telah membantu menjayakan program ini.

Related Articles

Edutainment Fest 2024

Edutainment Fest 2024

Ceramah Kesedaran Seksual

Ceramah Kesedaran Seksual